Khamis, 30 Disember 2010

MAKAM PAHLAWAN " DATO PATINGGI KEDIT'







SPAOH - Tanggal 06 Sept. 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431H Makam Pahlawan "Dato Patinggi Kedit" bertempat di Tanah Perkuburan Islam Seruai, Spaoh telah siap sepenuhnya dalam usaha pembaikpulihan Makam tersebut. Usaha ataupun idea pembaikpulihan makam tersebut telah dicetuskan oleh YDH. DSP Mosliman Hj Hasli (telah Bersara) ketika memegang jawatan Ketua Polis Daerah pada tahun 2005 - 2007. Usaha untuk membaik pulih Makam tersebut tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 2010 bagi menyempurnakan janji terhadap masyarakat Kampung Spaoh, usaha ataupun projek pembaikpulih makam tersebut telah berjaya juga akhirnya atas sokongan orang-orang kampung Spaoh serta komitmen yang diberikan oleh DSP Mohd Bukhori b Saffai - Ketua Polis Daerah Betong - (kesinambungan idea YDH. DSP Mosliman Hj Hasli) untuk makam tersebut disiapkan. Abang Narawi b Hj Abang Teruki (tukang dari kpg Spaoh) telah dipertanggungjawabkan bagi menyiapkan penambahbaikan Makam tersebut berserta senibina ukiran yang sungguh cantik dengan dana ditanggung sepenuhnya oleh pihak PDRM IPD Betong.

Adalah besar harapan moga-moga Makam tersebut dijaga dan dibersihkan tanpa mengira sesiapa dan seterusnya menjadi lipatan sejarah buat kita semua penduduk SARIBAS untuk generasi yang akan datang

AL-FATIHAH.

Jumaat, 24 Disember 2010


MAJLIS PELANCARAN KESEDARAN ALAM SEKITAR


Gambar : YB Dato' Seri Douglas Uggah (tengah) melakukan semburan paip Bomba & Penyelamat Betong tanda simbolik perasmian sambil disaksikan Penghulu Hj. Satar b Jamain (kiri sekali)

Spaoh - 23 Dis 10 bertempat di gelanggang Futsal, Kpg Spaoh telah berlansung majlis "Pelancaran Kesedaran Alam Sekitar" yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Douglas Uggah Embas - Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia. Dalam ucapannya menyeru masyarakat Kpg. Spaoh supaya menjaga alam sekitar seperti sungai, menghapus tempat pembiakan nyamuk aedes seperti tayar, tin-tin dan botol kosong serta mengurangkan pembuangan sisa pepejal. selain dari itu juga menyatakan ada di kalangan bahan buangan dapat dikitar semula dan boleh menambah pendapatan sampingan.

Program yang diadakan 2 hari itu telah menyelitkan beberapa program dan aktiviti seperti gotong royong ceramah kesedaran kebersihan dan kempen membeli barangan kitar semula. Dengan adanya program seumpama ini mampu menyedarkan penduduk kampung Spaoh supaya menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar, lebih-lebih lagi kampung Spaoh akan dibanjiri orang ramai sempena "Pesta Spaoh 2011" yang dijangka berlangsung 14-15 Jan 2011.

MARI RAMAI-RAMAI DATANG KE KAMPUNG KU....PESTA SPAOH 2011....

Isnin, 5 Julai 2010

Kpg Bungey, DEBAK - Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Kg. Bungey,Debak






03 JUL 10 - Lembaga Amanah Kebajikan Islam Debak [LAKID] dengan kerjasama PBB Ranting Kpg. Bungey, Debak telah mengadakan kerja amal membersih tanah perkuburan islam Kpg.Bungey, Debak.Kerja amal yang di sertai lebih kurang 100 - 120 orang itu diserikan lagi dengan kehadiran wakil rakyat N30 Saribas iaitu YB Dr. Hj Wahbi bin Hj. Junaidi. Selain dari beramal antara lain tujuan aktiviti itu diadakan adalah bagi membersih kawasan sekitar perkuburan yang agak dipenuhi oleh semak samun dan beberapa tumbuhan hutan yang lain.

Sebelum aktiviti pembersihan kubur dijalankan YB Dr.Hj Wahbi telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM5,000.00 sebagai membaik pulih pondok sementara menunggu di tanah perkuburan tersebut. Selain dari itu juga, YB turut mengumumkan peruntukan bagi membeli 30 buah khemah mini yang manyamai khemah pasar tani yang mana khemah itu nanti akan diagihkan kepada 3 buah kampung iaitu kampung Babu, Lalang dan Kpg Bungey yang mendapat 10 buah setiap satu kampung.

YB Dr. Hj Wahbi dalam ucapannya, menyarankan agar ditubuhkan satu Tabung yang dikenali "TABUNG KHAIRAT". Antara lain tujuan tabung itu ditubuhkan adalah sebagai bantuan awal dalam urusan pengkebumian jenazah dan membantu keluarga yang terlibat dalam kematian. Selain dari itu juga boleh digunakan dalam aktiviti keagamaan yang lain.Penghulu Kpg Debak dan beberapa AJK parti PBB dilantik sebagai AJK pengurusan setelah tabung itu wujud nanti.

Turut hadir dalam kerja amal itu adalah Abg Kifrawi b Abg Rukaili, Mohd Razi @ Ricky b Sitam - Pengerusi LAKID, Debak dan beberapa ketua masyarakat kampung Debak.

Ahad, 9 Mei 2010

Hari Penamaan Calon PRK P.212 SIBU

YAB Tan Sri Muhiyyden b Yassin - Timb. Perdana Menteri turut hadir semasa Penamaan Calon
Hadir Bersama : YAB Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud, YB Datuk Seri Abg Abd Rahman Zohari, YB Datuk Seri Syafie Apdal dan Datuk Seri Koh Soo Khon.


Kem Barisan Nasional

Kem Pakatan Rakyat

Calon BEBAS - Narawi b Haron

Calon BN/SUPP - ROBERT LAU HUI YEW dan Calon DAP - RICHARD WONG HO LENG

09 MEI 10 - Merupakan hari penamaan calon sempena Pilihanraya Kecil bagi kawasan P.212 Sibu setelah kematian mendiang Datuk Robert Lau How Chew bulan lepas. PRK P.212 SIBU menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara parti BN/SUPP, PR/DAP dan BEBAS. Dalam PRU 2008 yang lepas BN/SUPP yang di wakili mendiang Datuk Robert Lau How Chew telah menang dengan memperolehi undi 19,138 [majoriti 3,326] menewaskan calon DAP - WONG HO LENG memperolehi 15,903 dan calon PKR - Robert Lim Chin Chuang yang hanya memperolehi 812 undi. P.212 SIBU mempunyai 54,695 pengundi dengan 66.7% merupakan pengundi cina.

Kawasan Parlimen SIBU mempunyai 3 Dewan Undangan Negeri iaitu :

  1. N47 Bawang Assan - YB Dato Sri Wong Soon Koh [BN/SUPP] - 16,116 Pengundi Berdaftar
  2. N48 Pelawan - YB Vincent Goh Chung Siong [BN/SUPP] - 25,606 Pengundi Berdaftar
  3. N49 Nangka - YB Dato Awg Bemee Awg Ali Basah - [BN/PBB] - 12,973 Pengundi Berdaftar.
Setelah kertas pencalonan diterima tiada bantahan dibuat - Pengurus Pilihanraya PRK P.212 Sibu - Hii Chang Kee telah mengesahkan dan mengumumkan calon seperti berikut :

  1. ROBERT LAU HUI YEW - 651103-13-5135 - BN/SUPP
  2. RICHARD WONG HO LENG - 591221-13-5337 - DAP
  3. NARAWI BIN HARON - 500211-13-5293 - BEBAS
Hari pembuangan undi telah ditetapkan pada 16 Mei 2010 di 49 pusat mengundi di seluruh P.212 Sibu. Setakat ini kempen oleh parti yang bertanding telah bermula dengan PR telah mengadakan 3 aktiviti dan BN 1.

Sabtu, 1 Mei 2010

GENG PECAH RUMAH TUMPAS

Gambar : YDH DSP Mohd Bukhori b Saffai - KPD Betong, Insp Jumazan & Insp Fisdaus bersama-sama antara barang Kes Pecah dijumpai semula.


24 APR 10 - Polis IPD Betong telah berjaya menyelesaikan satu kes Pecah Rumah yang dilaporkan di Balai Polis Spaoh baru-baru ini dengan tertangkapnya 3 saspek yg disyaki melakukan pecah rumah tersebut. Kesemua saspek telah berjaya diberkas oleh anggota JSJ IPD Betong dengan dibantu oleh beberapa anggota Balai Polis Pusa di Kpg Tambak, Pusa hasil maklumat orang awam. Rumah yang dipunyai oleh adik kepada YB ADUN N30 SARIBAS itu telah dimasuki oleh saspek pada malam 20 APR 10 dengan menjungkil tingkap telah menyebabkan kerugian di anggarkan sejumlah RM11,500.00.

Beberapa barang milik mangsa telah berjaya dijumpai semula yang dijumpai di rumah saspek dan ada yg telah dijual di Bintangor. Perkakas elektrik seperti TV, Set karaoke, Loud speaker dan beberapa barang lain masih dalam keadaan baik.

> Butir-butir saspek :
  • Mohd bin Jus - Kpg Naie, Kota Samarahan - 37 thn
  • Timothy Alberto @ Mohd Ridwan - Tawau Sabah - 28 thn, dan
  • Mohd Sukeri bin Anua - Kpg Baru, Kota Samarahan - 26 thn.
Ketiga-tiga saspek merupakan Sub-Kontraktor yg membina Jalan Tui-Pusa kini direman di Balai Polis Betong untuk di ambil keterangan.

SYABAS......Polis Betong...

Ahad, 25 April 2010

Kejayaan Terbesar PDRM, Daerah Betong 2010

Saspek di bawa ke Mahkamah dan direman selama 4 hari bagi membantu siasatan bermula 26 APR 21010

Rampasan : 1482 biji pil Nospen dan Sebungkus daun kering mampat disyaki ganja


Saspek diiringi anggota Polis IPD Betong dan di tahan dalam Lokap Polis, Balai Polis Betong


Turut di tahan isteri saspek yg berasal dari Kpg Beladin

25 APR 2010 - Pihak PDRM Caw. Narkotik IPD Betong yang diketuai oleh INSP. Mohd Hadi bin Mohd Yasin - K/JSJN bersama anggota iaitu LKPL Rahimi, LKPL Ezarry, Konst Jegan dan Konst Iskandar telah berjaya menangkap seoarang guru yg mengajar di SMK Beladin yg berasal dari Pendang, KEDAH kerana memiliki sejumlah 1482 biji pil Nospen dan sebungkus daun kering mampat disyaki ganja yg dijumpai di dlm keretanya jenis Perodua VIVA Putih [QBA4024].

Maklumat org awam guru tersebut telah lama bergiat aktif dan boleh dikatakan seorg "PUSHER" di kawasan Kpg Beladin yg mengambil kesempatan menggunakan beberapa org kpg dan pelajar sekolah SMK Beladin sebagai org tengah utk mengedarkan/menjual pil dikalangan remaja Kpg Beladin.

Alhamdulillah, di atas kejayaan pihak PDRM, IPD Betong dgn tertangkap seorg guru yang boleh dikatakan pemusnah masyarakat di kalangan remaja itu bolehlah dibanggakan. Sepatutnya beliau yg dianggap "PENDIDIK" adalah sepatutnya mendidik anak bangsa ke jalan yg betul dan sempurna. Apa yg dilakukan oleh guru ini amatlah mengecewakan dan amat memalukan khususnya kepada kakitangan kerajaan dan Warga Pendidik amnya. Walaubagaimana pun kes seumpama ini hanya sebilangan sahaja pelakunya.

Adalah menjadi tanda tanya kenapa guru tersebut harus menjual/edar pil untuk mendapat kuntungan/pendapatan lebih, adakah gaji tidak mencukupi, atau pun sememangnya seronok utk melihat anak bangsa/masyarakat musnah dek pil khayal tersebut. Renung-renunglah wahai anak bangsa ku, berubahlah. Banyak cara lain lagi utk kita berhibur, tidak semestinya mengambil/makan pil. BERUBAHLAH.....


Khamis, 22 April 2010

Gambar IPD Betong - Dari Udara

Gambar Balai Polis Lama, Jalan Kuek Huat Wee

Gambar IPD Betong Baru, No, 1 Jalan Feeder, Betong

14 Apr 2010 - Merupakan tarikh bersejarah buat IPD Betong dengan penutupan Balai Polis Betong yang terletak di Jln Kuek Huat Wee bersebelahan dengan Stadium Betong yang telah berpindah dan terus beroperasi di bangunan baru [aras bawah ] IPD Betong yang baru kira-kira 2 km dari pusat bandar betong. Dengan perpindahan itu maka seluruh urusan pentadbiran pihak PDRM, Daerah Betong terletak di dalam bangunan yang sama sekaligus memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pihak Polis.

Pada hari yang sama seramai 7 Orang Kena Tangkap [OKT] termasuk 5 Pendatang Tanpa Izin [PTI] merupakan orang yang terakhir ditahan di lokap Balai Polis Lama dan orang yang pertama di tahan di dalam lokap Balai Polis yang baru.



Ahad, 18 April 2010

Perlawanan Persahabatan Badminton




YDH.DSP Mohd Bukhori [KPD Betong] dan YDH.DSP Mohd Hafipi [KPD Meradong] -
Gambar Kenang-Kenangan Sempena Perlawanan Badminton Persahabatan

10 Apr 2010 - IPD Betong & IPD Meradong telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan bertempat di Dewan Serbaguna IPD Betong.Perlawanan yang julung-julung kali diadakan itu merupakan perlawanan persahabatan sempena peringatan hari Polis ke 203.

Dalam perlawanan itu, IPD Betong telah menguasai perlawanan dalam kategori senior dengan memenangi 5 regu dan satu seri, regu veteran dikuasai IPD Meradong manakala kategori PERKEP agak seimbang.

KEPUTUSAN PENUH

Regu Veteran
  1. SM HJ SAPIAN / KPL FRANCIS vs DSP MOHD HAFIPI [12-21 / 13-21]
  2. SJN MASLAN / KPL SULAIMAN vs KPL COLLEN / CHIP IMA[18-21 / 21-16]
  3. SJN DI / KPL JACK vs LKPL ROSMAN / KPL SULAIMAN [25-23 / 9-21]
Regu Senior
  1. KPL ABG MOHD ASRI / LKPL EZARRY vs INSP KISAM/KPL RANAM [21-11 / 19-21]
  2. INSP JUMAZAN/LKPL EFANDDY vs INSP MOHD / KONST.BENEDICT[21-19 / 21-15]
  3. KPL/D ABG DAUD / LKPL AMBIA vs LKPL MORGAN / LAFFI[21-16 / 21-16]
  4. KONST.AMIRUL/KONST.JOHNES vs LKPL PAIZAL /LKPL AZLAN [21-14 / 21-15]
  5. LKPL KAMBRI / KON. RASHID vs KONST NASRI / KONST. HANAPIAH [21-13/25-23]
  6. KONST KASSIM / KONST RIZAL vs LKPL MORGAN / UST.IRWAN [ 21-18/23-21]
Regu PERKEP
  1. PN.ASIAH / PN CATHERINE vs PN HALIZA / PN ROHANA [15-21 / 21-19]
  2. PN.INGRID / PN.LAUGHLIN vs PN HASSIMAH / PN.RENEE[13-21 / 5-21]
  3. PN.HANIPAH/PN NORIMAH vs PN AKMA / PN BARBARA [12-21 / 18-21]
  4. KONST.FATMA / PN AISYAH vs PN DYG.NORAINI / PN ROHANA [21-17 / 15-21]
Selesai perlawanan rombongan IPD Meradong seramai 40 orang telah dibawa ke pusat Batik Betong yang terletak di Jalan Lempaong, Betong. Dalam lawatan tersebut rombongan telah diajar dan diberi penerangan ringkas bagaimana membuat batik. Tidak ketinggalan juga diantara rombongan turut mencuba bakat dalam membuat batik.

Kerja Amal-Pembersihan Kawasan Perkuburan Islam, Belaki,Betong



Aktiviti Kerja Amal - Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Belaki, Betong

31 Mac 2010 - Seramai 32 anggota PDRM termasuk pegawai dan kakitangan awam IPD Betong turut serta dalam kerja amal membersih tanah perkuburan islam Belaki, Betong. Kerja amal tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena peringatan hari Polis ke 203 peringkat IPD Betong. Kerja amal itu juga turut dihadiri 26 orang kampung yang di ketuai oleh SJN [B] Wan Ahmad bin Wan Chee - Ketua Kampung Betong.

Selain dari kerja amal membersih tanah perkuburan, Surau AN NAJAH, IPD Betong turut menyumbang Cat dan perkakas bagi memperbaiki setor di hadapan tanah perkuburan. Sambutan amat menggalakkan dan rata-rata yang hadir berharap agar kerja amal tersebut diteruskan di masa akan datang.

Sabtu, 17 April 2010

Majlis Tahlil/Tazkirah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203


25 Mac 2010 - YB Dr.Hj Wahbi [ berbaju merah ] Hadir Semasa Majlis Tahlil Sempena Hari Polis ke 203


Peringatan Hari Polis ke 203 Peringkat IPD Betong 2010



25 Mac 2010 - Sesi Bergambar Selepas Selesai Perhimpunan Hari Polis ke 203 di IPD Betong.


YDH.DSP MOHD BUKHORI BIN SAFFAI - KPD BETONG menerima tabik hormat semasa perbarisan hari polis ke 203 peringkat IPD Betong


Depan : SM/D Mohd Hajemi, ASP Henry Nyuhai & SJN/D Tarang.
Belakang :KPL/D Abd Rahim, KPL/D Nyanggai, Pn. Mazitah, LKPL/D Charles & KPL/D Abg Daud

Sempena peringatan Hari Polis yang ke 203 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Betong telah menganjurkan beberapa aktiviti, antaranya adalah Perhimpunan Hari Polis, Majlis tahlil/tazkirah, kerja amal membersih kawasan tanah perkuburan islam Belaki, Betong, derma darah dan perlawanan persahabatan badminton bersama IPD Meradong.