Isnin, 5 Julai 2010

Kpg Bungey, DEBAK - Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Kg. Bungey,Debak






03 JUL 10 - Lembaga Amanah Kebajikan Islam Debak [LAKID] dengan kerjasama PBB Ranting Kpg. Bungey, Debak telah mengadakan kerja amal membersih tanah perkuburan islam Kpg.Bungey, Debak.Kerja amal yang di sertai lebih kurang 100 - 120 orang itu diserikan lagi dengan kehadiran wakil rakyat N30 Saribas iaitu YB Dr. Hj Wahbi bin Hj. Junaidi. Selain dari beramal antara lain tujuan aktiviti itu diadakan adalah bagi membersih kawasan sekitar perkuburan yang agak dipenuhi oleh semak samun dan beberapa tumbuhan hutan yang lain.

Sebelum aktiviti pembersihan kubur dijalankan YB Dr.Hj Wahbi telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM5,000.00 sebagai membaik pulih pondok sementara menunggu di tanah perkuburan tersebut. Selain dari itu juga, YB turut mengumumkan peruntukan bagi membeli 30 buah khemah mini yang manyamai khemah pasar tani yang mana khemah itu nanti akan diagihkan kepada 3 buah kampung iaitu kampung Babu, Lalang dan Kpg Bungey yang mendapat 10 buah setiap satu kampung.

YB Dr. Hj Wahbi dalam ucapannya, menyarankan agar ditubuhkan satu Tabung yang dikenali "TABUNG KHAIRAT". Antara lain tujuan tabung itu ditubuhkan adalah sebagai bantuan awal dalam urusan pengkebumian jenazah dan membantu keluarga yang terlibat dalam kematian. Selain dari itu juga boleh digunakan dalam aktiviti keagamaan yang lain.Penghulu Kpg Debak dan beberapa AJK parti PBB dilantik sebagai AJK pengurusan setelah tabung itu wujud nanti.

Turut hadir dalam kerja amal itu adalah Abg Kifrawi b Abg Rukaili, Mohd Razi @ Ricky b Sitam - Pengerusi LAKID, Debak dan beberapa ketua masyarakat kampung Debak.