Rabu, 21 Mac 2012

Pesta Bungin 2012


Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi Pesta Bungin 2012 - Hj Abg Morni b Hj Abg Ahmad

Raja Air Pesta Bungin 2012 - Seri Raja Belalang 3


Penentuan Raja Air

Benar kata pepatah "Muafakat Membawa Berkat, Bulat Air Kerana Pembentung Bulat Kata Kerana Muafakat" begitulah boleh digambarkan penganjuran "Pesta Bungin 2012" oleh penduduk Kampung Bungin berjaya serta berada di landasan yang betul. Tanpa penglibatan pihak kerajaan pesta yang masuk edisi keenam itu dikelolakan/dijayakan sepenuhnya oleh penduduk kampung yang dipengerusikan Hj. Abg Morni bin Hj.Abg Ahmad boleh dijadikan contoh buat kampung-kampung lain di kawasan luar bandar.

Pesta yang berlangsung selama 3 hari itu [16,17 & 18 Mac 2012] berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 6,000 orang pengunjung yang datang ke Kampung Bungin. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan pesta, antaranya pertandingan bola sepak, pertandingan bertandak, pameran oleh AADK,persembahan nyanyian oleh penduduk tempatan dan IBU segala pesta adalah "Regata Pesta Bungin" yang menerima penyertaan hampir 45 pemilik perahu dalam 175 acara regata.

Kesempatan Pesta itu juga turut diambil oleh para peniaga penduduk Kampung Bungin mengetengahkan hasil produk masing-masing seterusnya mampu untuk menambahkan pendapatan dan sekurang-kurangnya mampu untuk membawa nama Kampung Bungin ke persada antarabangsa. Antara produk makanan yang mendapat sambutan ramai adalah "Suman Lemantak" diperbuat dari lemantak dan berintikan udang kecil [payak],diletakkan di dalam daun nipah yang dipanggang di atas bara api yang perlahan.

Dalam ucapan perasmian Pesta Bungin 2012 , YB Dato' Sri Douglas Uggah Embas-Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia menyanjung tinggi usaha dan peranan yang dimainkan oleh penduduk Kampung Bungin dalam menjayakan pesta yang agak besar itu. Menasihati agar usaha yang menjurus kepada ikatan perpaduan itu dikekalkan dan kesinambungannya harus ada demi generasi yang akan datang. Berjanji akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti kampung yang membawa kepada kemajuan kampung itu sendiri.Di akhirnya, YB Dato' Sri menasihati agar kampung-kampung yang berdekatan mengikut contoh dan mempelajari cara mana penduduk Kampung Bungin dalam menjayakan pesta yang menyamai pesta-pesta besar di Negeri ini.

IBU segala pesta "Regata Bungin 2012" yang juga "Raja Air" telah dinobatkan kepada perahu Seri Raja Belalang 3 kepunyaan Igat Yak Jabu membawa pulang piala pusingan Piala Dato' Sri Duoglas Uggah beserta wang tunai RM1,050.00 tempat kedua perahu Ular Lidi 2 dan ketiga Sambang Buih yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM750 dan RM450 beserta piala iringan. Kesemua hadiah telah disempurnakan oleh En Ladi Bujang - SAO Daerah Spaoh. 

Jumpa lagi Pesta Bungin 2013


Isnin, 12 Mac 2012

Seni Bela Diri "Silat Hailam Laut SARIBAS"

DEBAK - Seramai 38 pelatih silat yang merangkumi 28 pesilat Lelaki dan 10 pesilat Wanita telah pun menamatkan latihan Perguruan masing-masing di Gelanggang Silat, Jalan Suri off Kampung Babu, Debak baru-baru ini. Kesemua pelatih telah pun berjaya menjalani latihan selama hampir dua bulan yang dikendalikan oleh Guru Hjh. Judi bt Awi [Pesilat Wanita] dan Guru Misi bin Awi [Pesilat Lelaki] serta dibantu oleh Mazlan bin Abd Manap.

Majlis tamat latihan bagi pesilat lelaki telah dirasmikan oleh ASP [B] Hj Piee bin Alwi - Ketua Penerangan PBB Cawangan N.30 Saribas yang mewakili YB Ricky @ Mohd Razi b Sitam - ADUN N.30 Saribas pada 25 Feb 2012 yang lepas sementara pesilat wanita majlis tamat latihan pergurauan silat dibuat secara ringkas sahaja.

Seni Bela Diri perguruan silat di Daerah Debak julung kali diadakan dan dengan tamatnya latihan perguruan tersebut terus melakarkan satu sejarah buat remaja dan belia Kampung Debak amnya. Adalah menjadi harapan agar usaha itu diteruskan seterusnya menjadi satu dorongan buat para remaja /belia yang lain untuk turut serta dalam mempelajari ilmu persilatan dan sekurang-kurangnya budaya melayu itu sendiri mampu diketengahkan. Selain dari itu juga dengan penglibatan para belia/remaja dalam mempelajari ilmu persilatan, gejala sosial yang negatif mampu dikurangkan.

Ingatlah falsafah melayu " TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".




Video : Persembahan Pesilat Wanita



Video : Persembahan Silat Lelaki


Gambar Kenangan Tamat Latihan Silat

Gambar Persembahan Pesilat Wanita semasa Majlis Tamat Latihan


 Gambar : Pesilat Lelaki Turut Dijemput Mengadakan Persembahan


Gambar : Antara Bunga/Gaya Silat Lelaki


Ahad, 11 Mac 2012

SSM Kekal - SBPA Mansuh....

Putrajaya - 08 MAC 2012 " PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA [PICC] " YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam [SBPA] dan kembali serta kekal kepada Sistem Saraan Malaysia [SSM]. Walaubagaimana pun sistem tersebut akan ditambahbaik bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia oleh suruhanjaya yang bakal ditubuhkan kelak.

Beberapa insentif dan berita baik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merangkumi :
  1. Pelarasan Gaji berdasarkan Jadual Gaji Matrik [JGM] SSM ;
  2. Bantuan Sara Hidup [COLA] - Kawasan B RM200 kepada RM250 manakala kawasan C dinaikkan daripada RM100 kepada RM 150 sebulan;
  3. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal [BIPK], Bayaran Insentif Wilayah [BIW], Bayaran Insentif Pedalaman [BIP] dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan [BISP] dikekalkan ;
  4. Mengekalkan keputusan penambaikan laluan kerjaya guru berasaskan "TIME-BASED" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 ;
  5. Pelarasan Gaji untuk Gred 1 - Gred 54 sebanyak 13%, Gred utama dan Gred C, B dan A 9%, Turs III dan Turus II 8 % dan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara 7%.
Selain itu YAB Perdana Menteri turut berharap agar keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang timbul di kalangan penjawat awam dan bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan akan dikaji oleh Suruhanjaya yang bakal dilantik. Mudah-mudahan menjadi penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan kepada seluruh warga PENJAWAT AWAM MALAYSIA.


Petikan Ucapan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia semasa perhimpunan Penjawat Awam [CUERPACS].

Selasa, 6 Mac 2012

Sejarah Betong - SARAWAK

Sejarah Betong Vol.1-

"Temuramah Bersama Bekas Ketua Kampung Masjid Betong"
Allahyarham Hj. Abang Rosli b Abang Ahmad



Sejarah Betong Vol 2-

"Latar Belakang Kependudukan Bahagian Betong"




Sejarah Betong Vol.3 -



" Latar Belakang Bandar Betong "



Sejarah Betong Vol.4 -



" Bangunan Bersejarah Fort Lily "


Sumber : " Jelajah Betong " - Terbitan RTM Sarawak.

Ketua Polis Betong Yang Baharu

 Terima Tugas....ACP Azam Abdul Hamid [tengah] saksi Majlis Serah Tugas
oleh ASP Henry Nyuhai [kanan] kepada DSP Sarifuddin Mustafa [kiri].


ACP Azam Abdul Hamid [tengah] - Gambar sebagai tanda kenangan
semasa majlis serah tugas jawatan KPD Betong yang baharu


Betong - 01 Mac 2012, Jawatan Ketua Polis Daerah yang disandang oleh pemangkunya ASP Henry Nyuhai selaku KCKD Betong telah diserah kepada KPD yang baharu iaitu DSP Sarifuddin Bin Mustafa. Majlis serah tugas jawatan telah berlangsung di Bilik Gerakan IPD Betong disaksikan oleh ACP Azam Abd Hamid. Sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh DSP Mohd Bukhori b Saffai yang kini telah dinaikkan pangkat menjadi KPD Limbang.


Sebelum menjawat jawatan KPD Betong, DSP Sarifuddin b Mustafa pernah bertugas di Cawangan Jenayah Berat [D9] Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak.Secara amnya DSP Sarifuddin merupakan KPD yang ke - 8 memegang jawatan KPD Betong hingga ke saat ini.

Senarai Bekas-Bekas KPD Betong ;-
1. G/4947 DSP Jaru Sawat @ Benard ; 
     -
2. G/4968 DSP Hassan Bin Ismail ;  
     -
3. G/4966 DSP Kassim Bin Hj. Yusof ;
     -
4. G/7066 DSP Nelson Jin ak Iman ;
     - 17 Dis 1999 - 31 Dis 2003.

5. G/7141 DSP Zamani Bin Tan Sri Hamdan ;
     - 03 Sept 2003 - 10 Apr 2004.

6. G/4956 DSP Mosliman Bin Hj. Hasli ;
     - 16 Apr 2004 - 03 Ogos 2006.

7. G/9515 DSP Mohd Bukhori Bin Saffai ;
     - 02 Okt 2006 - 30 Sept 2011

8. G/9419 DSP Sarifuddin Bin Mustafa ;
     - 01 Mac 2012 - ..................................

  
Sumber : Buku Program Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah, Betong