Ahad, 25 April 2010

Kejayaan Terbesar PDRM, Daerah Betong 2010

Saspek di bawa ke Mahkamah dan direman selama 4 hari bagi membantu siasatan bermula 26 APR 21010

Rampasan : 1482 biji pil Nospen dan Sebungkus daun kering mampat disyaki ganja


Saspek diiringi anggota Polis IPD Betong dan di tahan dalam Lokap Polis, Balai Polis Betong


Turut di tahan isteri saspek yg berasal dari Kpg Beladin

25 APR 2010 - Pihak PDRM Caw. Narkotik IPD Betong yang diketuai oleh INSP. Mohd Hadi bin Mohd Yasin - K/JSJN bersama anggota iaitu LKPL Rahimi, LKPL Ezarry, Konst Jegan dan Konst Iskandar telah berjaya menangkap seoarang guru yg mengajar di SMK Beladin yg berasal dari Pendang, KEDAH kerana memiliki sejumlah 1482 biji pil Nospen dan sebungkus daun kering mampat disyaki ganja yg dijumpai di dlm keretanya jenis Perodua VIVA Putih [QBA4024].

Maklumat org awam guru tersebut telah lama bergiat aktif dan boleh dikatakan seorg "PUSHER" di kawasan Kpg Beladin yg mengambil kesempatan menggunakan beberapa org kpg dan pelajar sekolah SMK Beladin sebagai org tengah utk mengedarkan/menjual pil dikalangan remaja Kpg Beladin.

Alhamdulillah, di atas kejayaan pihak PDRM, IPD Betong dgn tertangkap seorg guru yang boleh dikatakan pemusnah masyarakat di kalangan remaja itu bolehlah dibanggakan. Sepatutnya beliau yg dianggap "PENDIDIK" adalah sepatutnya mendidik anak bangsa ke jalan yg betul dan sempurna. Apa yg dilakukan oleh guru ini amatlah mengecewakan dan amat memalukan khususnya kepada kakitangan kerajaan dan Warga Pendidik amnya. Walaubagaimana pun kes seumpama ini hanya sebilangan sahaja pelakunya.

Adalah menjadi tanda tanya kenapa guru tersebut harus menjual/edar pil untuk mendapat kuntungan/pendapatan lebih, adakah gaji tidak mencukupi, atau pun sememangnya seronok utk melihat anak bangsa/masyarakat musnah dek pil khayal tersebut. Renung-renunglah wahai anak bangsa ku, berubahlah. Banyak cara lain lagi utk kita berhibur, tidak semestinya mengambil/makan pil. BERUBAHLAH.....


6 ulasan:

  1. Padan muko ko...cikgu apo ngedar dadah yo..!

    BalasPadam
  2. masih juak muko mbiak tuk idup.. knak sik digantung gik lahabau tuk.. nyemak dunio jak cako tuk idup.. nya tuk sik akan insaf.. muko ndk malu..

    BalasPadam
  3. sebagai iktibar serta peringatan bersama bahawa kita semua jangan lalai terhadap pendidikan secara menyeluruh terutama pedoman sejati yang diperingatkan oleh nabi kita sebelum baginda wafat.

    BalasPadam
  4. kesian ngan anak bini...

    BalasPadam
  5. TQ.... ADA HARI HAMPA KATA KAT ORG DAN ADA HARI HAMPA KENA.... BUAT RELAX JA... AKU NAK TUNGGU HARI HAMPA KENA PULAK

    BalasPadam
  6. AMBOI TANGKAP BARANG BARU 10g kecok 1 malaya. orang tangkap KILO2 PON BUAT RELAX JA.

    BalasPadam