Khamis, 30 Disember 2010

MAKAM PAHLAWAN " DATO PATINGGI KEDIT'







SPAOH - Tanggal 06 Sept. 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431H Makam Pahlawan "Dato Patinggi Kedit" bertempat di Tanah Perkuburan Islam Seruai, Spaoh telah siap sepenuhnya dalam usaha pembaikpulihan Makam tersebut. Usaha ataupun idea pembaikpulihan makam tersebut telah dicetuskan oleh YDH. DSP Mosliman Hj Hasli (telah Bersara) ketika memegang jawatan Ketua Polis Daerah pada tahun 2005 - 2007. Usaha untuk membaik pulih Makam tersebut tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 2010 bagi menyempurnakan janji terhadap masyarakat Kampung Spaoh, usaha ataupun projek pembaikpulih makam tersebut telah berjaya juga akhirnya atas sokongan orang-orang kampung Spaoh serta komitmen yang diberikan oleh DSP Mohd Bukhori b Saffai - Ketua Polis Daerah Betong - (kesinambungan idea YDH. DSP Mosliman Hj Hasli) untuk makam tersebut disiapkan. Abang Narawi b Hj Abang Teruki (tukang dari kpg Spaoh) telah dipertanggungjawabkan bagi menyiapkan penambahbaikan Makam tersebut berserta senibina ukiran yang sungguh cantik dengan dana ditanggung sepenuhnya oleh pihak PDRM IPD Betong.

Adalah besar harapan moga-moga Makam tersebut dijaga dan dibersihkan tanpa mengira sesiapa dan seterusnya menjadi lipatan sejarah buat kita semua penduduk SARIBAS untuk generasi yang akan datang

AL-FATIHAH.

Jumaat, 24 Disember 2010


MAJLIS PELANCARAN KESEDARAN ALAM SEKITAR


Gambar : YB Dato' Seri Douglas Uggah (tengah) melakukan semburan paip Bomba & Penyelamat Betong tanda simbolik perasmian sambil disaksikan Penghulu Hj. Satar b Jamain (kiri sekali)

Spaoh - 23 Dis 10 bertempat di gelanggang Futsal, Kpg Spaoh telah berlansung majlis "Pelancaran Kesedaran Alam Sekitar" yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Douglas Uggah Embas - Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia. Dalam ucapannya menyeru masyarakat Kpg. Spaoh supaya menjaga alam sekitar seperti sungai, menghapus tempat pembiakan nyamuk aedes seperti tayar, tin-tin dan botol kosong serta mengurangkan pembuangan sisa pepejal. selain dari itu juga menyatakan ada di kalangan bahan buangan dapat dikitar semula dan boleh menambah pendapatan sampingan.

Program yang diadakan 2 hari itu telah menyelitkan beberapa program dan aktiviti seperti gotong royong ceramah kesedaran kebersihan dan kempen membeli barangan kitar semula. Dengan adanya program seumpama ini mampu menyedarkan penduduk kampung Spaoh supaya menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar, lebih-lebih lagi kampung Spaoh akan dibanjiri orang ramai sempena "Pesta Spaoh 2011" yang dijangka berlangsung 14-15 Jan 2011.

MARI RAMAI-RAMAI DATANG KE KAMPUNG KU....PESTA SPAOH 2011....