Isnin, 12 Mac 2012

Seni Bela Diri "Silat Hailam Laut SARIBAS"

DEBAK - Seramai 38 pelatih silat yang merangkumi 28 pesilat Lelaki dan 10 pesilat Wanita telah pun menamatkan latihan Perguruan masing-masing di Gelanggang Silat, Jalan Suri off Kampung Babu, Debak baru-baru ini. Kesemua pelatih telah pun berjaya menjalani latihan selama hampir dua bulan yang dikendalikan oleh Guru Hjh. Judi bt Awi [Pesilat Wanita] dan Guru Misi bin Awi [Pesilat Lelaki] serta dibantu oleh Mazlan bin Abd Manap.

Majlis tamat latihan bagi pesilat lelaki telah dirasmikan oleh ASP [B] Hj Piee bin Alwi - Ketua Penerangan PBB Cawangan N.30 Saribas yang mewakili YB Ricky @ Mohd Razi b Sitam - ADUN N.30 Saribas pada 25 Feb 2012 yang lepas sementara pesilat wanita majlis tamat latihan pergurauan silat dibuat secara ringkas sahaja.

Seni Bela Diri perguruan silat di Daerah Debak julung kali diadakan dan dengan tamatnya latihan perguruan tersebut terus melakarkan satu sejarah buat remaja dan belia Kampung Debak amnya. Adalah menjadi harapan agar usaha itu diteruskan seterusnya menjadi satu dorongan buat para remaja /belia yang lain untuk turut serta dalam mempelajari ilmu persilatan dan sekurang-kurangnya budaya melayu itu sendiri mampu diketengahkan. Selain dari itu juga dengan penglibatan para belia/remaja dalam mempelajari ilmu persilatan, gejala sosial yang negatif mampu dikurangkan.

Ingatlah falsafah melayu " TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".




Video : Persembahan Pesilat Wanita



Video : Persembahan Silat Lelaki


Gambar Kenangan Tamat Latihan Silat

Gambar Persembahan Pesilat Wanita semasa Majlis Tamat Latihan


 Gambar : Pesilat Lelaki Turut Dijemput Mengadakan Persembahan


Gambar : Antara Bunga/Gaya Silat Lelaki


7 ulasan:

  1. salam;

    bergegar tulang urat nanga gambar orang berkuntau..angkat bilu tengkuk.apa2pun moga sukses dan mencapai tujuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas komen...insya ALLAH moga-moga usaha diteruskan pkei tau generasi akan dtg...

      Padam
  2. boleh mintak video ngan gambar tukkah- hamzahcmx@gmail.com

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah ada perbezaan debak dolok dengan kinek tuk..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. suka3 =)

    BalasPadam
  5. Salam, silat hailam laut tk sama dgn silat hailam laut nk d mbak org ninggal cik bako ka?

    BalasPadam
  6. mcm bungo kuntau orang spaoh jak

    BalasPadam