Selasa, 21 Februari 2012

PDRM Bersama Pelanggan "Community Policing" - Kpg Serabang

04 Feb 2012 - "COMMUNITY POLICING" - PDRM bersama pelanggan IPD Betong buat julung kalinya telah mengadakan program bersama masyarakat bertempat di Kampung Serabang, Betong.Program yang secara kebetulannya diadakan serentak dengan Sambutan Maulidur Rasul 1433H oleh pihak penduduk kampung telah mendapat sambutan yang cukup menggalakan oleh kerana program sedemikian tidak pernah diadakan sebelum ini seterusnya membuka lembaran sejarah buat kampung Serabang. Dalam program kali ini PDRM IPD Betong telah mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya pendaftaran ahli Rakan Cops, pameran oleh Cawangan JSJ, JSJN, Traffik dan Amra [Persenjataan] pada siang harinya manakala pada malamnya pula diadakan persembahan Pentas Hiburan PDRM oleh kumpulan "BETCOPS". Perasmian Program PDRM Bersama Pelanggan telah dirasmikan oleh Tn Hj. Piee b Alwi - Ketua Penerangan PBB cawangan N.30 Saribas mewakili YB Ricky @ Mohd Razi bin Sitam. Dalam ucapan perasmiannya telah menekankan betapa pentingnya hubungan erat antara masyarakat dengan pihak Polis dan seterusnya maklumat yang berkaitan dengan kes - kes jenayah seharusnya dilaporkan segera kepada pihak polis. Pelbagai cara yang dianggap paling mudah dalam menyampaikan maklumat antaranya adalah melalui "RAKAN COPS" atau pun menghubungi balai polis yang terdekat. Progam yang diadakan oleh pihak IPD Betong dalam " COMMUNITY POLICING" sememangnya berketapatan sekali dalam pemupukan kerjasama antara masyarakat dan Polis. Selain dari itu juga kesempatan dapat diambil oleh masyarakat dalam menyelesaikan/meleraikan masalah berkaitan dengan kes-kes jenayah. 

Gambar :Persembahan Hiburan oleh "BETCOPS"

Gambar : Anggota PDRM IPD Betong bersama pengunjung. 

Gambar : Beberapa Cawangan yang terlibat dalam pameran


Foto : Konst Hamdan Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan