Ahad, 11 Mac 2012

SSM Kekal - SBPA Mansuh....

Putrajaya - 08 MAC 2012 " PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA [PICC] " YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam [SBPA] dan kembali serta kekal kepada Sistem Saraan Malaysia [SSM]. Walaubagaimana pun sistem tersebut akan ditambahbaik bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia oleh suruhanjaya yang bakal ditubuhkan kelak.

Beberapa insentif dan berita baik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merangkumi :
  1. Pelarasan Gaji berdasarkan Jadual Gaji Matrik [JGM] SSM ;
  2. Bantuan Sara Hidup [COLA] - Kawasan B RM200 kepada RM250 manakala kawasan C dinaikkan daripada RM100 kepada RM 150 sebulan;
  3. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal [BIPK], Bayaran Insentif Wilayah [BIW], Bayaran Insentif Pedalaman [BIP] dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan [BISP] dikekalkan ;
  4. Mengekalkan keputusan penambaikan laluan kerjaya guru berasaskan "TIME-BASED" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 ;
  5. Pelarasan Gaji untuk Gred 1 - Gred 54 sebanyak 13%, Gred utama dan Gred C, B dan A 9%, Turs III dan Turus II 8 % dan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara 7%.
Selain itu YAB Perdana Menteri turut berharap agar keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang timbul di kalangan penjawat awam dan bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan akan dikaji oleh Suruhanjaya yang bakal dilantik. Mudah-mudahan menjadi penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan kepada seluruh warga PENJAWAT AWAM MALAYSIA.


Petikan Ucapan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia semasa perhimpunan Penjawat Awam [CUERPACS].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan