Penyampaian Cenderahati oleh Pengerusi Pesta Bungin 2012 - Hj Abg Morni b Hj Abg Ahmad
Raja Air Pesta Bungin 2012 - Seri Raja Belalang 3
Penentuan Raja Air
Benar kata pepatah "Muafakat Membawa Berkat, Bulat Air Kerana Pembentung Bulat Kata Kerana Muafakat" begitulah boleh digambarkan penganjuran "Pesta Bungin 2012" oleh penduduk Kampung Bungin berjaya serta berada di landasan yang betul. Tanpa penglibatan pihak kerajaan pesta yang masuk edisi keenam itu dikelolakan/dijayakan sepenuhnya oleh penduduk kampung yang dipengerusikan Hj. Abg Morni bin Hj.Abg Ahmad boleh dijadikan contoh buat kampung-kampung lain di kawasan luar bandar.
Pesta yang berlangsung selama 3 hari itu [16,17 & 18 Mac 2012] berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 6,000 orang pengunjung yang datang ke Kampung Bungin. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan pesta, antaranya pertandingan bola sepak, pertandingan bertandak, pameran oleh AADK,persembahan nyanyian oleh penduduk tempatan dan IBU segala pesta adalah "Regata Pesta Bungin" yang menerima penyertaan hampir 45 pemilik perahu dalam 175 acara regata.
Kesempatan Pesta itu juga turut diambil oleh para peniaga penduduk Kampung Bungin mengetengahkan hasil produk masing-masing seterusnya mampu untuk menambahkan pendapatan dan sekurang-kurangnya mampu untuk membawa nama Kampung Bungin ke persada antarabangsa. Antara produk makanan yang mendapat sambutan ramai adalah "Suman Lemantak" diperbuat dari lemantak dan berintikan udang kecil [payak],diletakkan di dalam daun nipah yang dipanggang di atas bara api yang perlahan.
Dalam ucapan perasmian Pesta Bungin 2012 , YB Dato' Sri Douglas Uggah Embas-Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia menyanjung tinggi usaha dan peranan yang dimainkan oleh penduduk Kampung Bungin dalam menjayakan pesta yang agak besar itu. Menasihati agar usaha yang menjurus kepada ikatan perpaduan itu dikekalkan dan kesinambungannya harus ada demi generasi yang akan datang. Berjanji akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti kampung yang membawa kepada kemajuan kampung itu sendiri.Di akhirnya, YB Dato' Sri menasihati agar kampung-kampung yang berdekatan mengikut contoh dan mempelajari cara mana penduduk Kampung Bungin dalam menjayakan pesta yang menyamai pesta-pesta besar di Negeri ini.
IBU segala pesta "Regata Bungin 2012" yang juga "Raja Air" telah dinobatkan kepada perahu Seri Raja Belalang 3 kepunyaan Igat Yak Jabu membawa pulang piala pusingan Piala Dato' Sri Duoglas Uggah beserta wang tunai RM1,050.00 tempat kedua perahu Ular Lidi 2 dan ketiga Sambang Buih yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM750 dan RM450 beserta piala iringan. Kesemua hadiah telah disempurnakan oleh En Ladi Bujang - SAO Daerah Spaoh.
Jumpa lagi Pesta Bungin 2013